1 kg tepung pau atau tepung gandum
1 sudu teh baking powder
Kedua-dua bahan di atas di ayak bersama
1 sudu teh garam
1/2 cawan minyak jagung atau minyak masak
2 1/4 cawan air
11 gm yis
1 sudu makan gula
2 sudu makan susu pekat manis
1 biji telur
Satukan bahan di atas dan kacau hingga gula larut
Masukkan tepung ke dalam mangkuk besar
Tuangkan adunan cecair sedikit-sedikit sambil di uli hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan. Tutup doh dengan kain dan biarkan 5 minit. Ambil sedikit doh dan bulatkan sebesar bola pimpong ( anggaran berat 35 gm ). Kemudian leperkan. Masukkan inti yang telah di bulat-bulatkan sebesar guli ( anggaran berat 12 gm ). Tutup dan kemaskan
Letakkan doh atas lapik kertas minyak yang di potong segi empat atau bulat, atau letakkan atas paper cup yang di leperkan sedikit
Inti
1 kg kacang merah besar ~ basuh bersih dan rendam sebentar
1700 ~ 2000 gm gula pasir ~ manis bergantung pada selera, lebih gula inti tahan lebih lama
1 kg minyak jagung
garam secukup rasa
Tepung gandum secukupnya
1 helai daun pandan ~ di simpul
1700 ~ 2000 gm gula pasir ~ manis bergantung pada selera, lebih gula inti tahan lebih lama
1 kg minyak jagung
garam secukup rasa
Tepung gandum secukupnya
1 helai daun pandan ~ di simpul
Kacang yang kita dah rendam tadi cuci bersih
Rebus kacang hingga mendidih.
Tutup api dan biarkan periuk bertutup selama 2 hingga 3 jam. Anda akan dapati kacang akan mengembang besar.
Rebus semula hingga kacang lembut
Bila kacang dah lembut angkat biarkan sejuk sebentar. Air rebusan jangan buang ia di gunakan untuk kisar kacang
Bila dah sejuk, kisar kacang dengan air rebusan (jangan banyak ya, sekadar untuk kisar kacang) dan kisar kacang hingga halus
Masukkan kacang dan daun pandan ke dalam kuali, Kacau sampai mendidih
Kemudian masukkan gula
Lepas tu masukkan garam halus secukup rasa lemaknya.
Bila dah mendidih , berkilat dan sebati, masukkan minyak
Kacau sampai minyak betul-betul sebati dengan kacang
Biarkan ia mendidih dan agak likat
INGAT! guna api yang kecil sahaja supaya kacang tidak hangit.
Kacang yang hangit akan memberikan aroma dan rasa yang kurang enak
Sentiasa kacau jangan sampai berkerak
Kemudian ambil tepung gandum anggaran 1/2 cawan dan ayakkan atas adunan kacang sambil sebelah tangan lagi mengacau
Ayak tepung sikit-sikit sambil di kacau
Bila adunan tidak melekat pada kuali atau mula melekang dari kuali, maka masaklah inti kacang ni tadi
Bolehlah tuang dalam bekas dan sejukkan
Simpan dalam peti ais ( Chiller ) untuk tahan lama

http://daridapurmiza.blogspot.com/2015/05/pau-ayam-gebu.html
Inti ayam
3-4 ketul dada ayam, dipotong dadu halus
3 biji kentang dipotong dadu
1/2 biji bawang besar, didadu
1cm halia ditumbuk halus
2 biji bawang putih diketuk
1/2 paket serbuk kari daging
2 sb sos tiram
Garam gula secukup rasa
3 biji kentang dipotong dadu
1/2 biji bawang besar, didadu
1cm halia ditumbuk halus
2 biji bawang putih diketuk
1/2 paket serbuk kari daging
2 sb sos tiram
Garam gula secukup rasa
Cara:
1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia.sampai naik bau. Masukkan rempah kari. Biar garing sikit.
1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia.sampai naik bau. Masukkan rempah kari. Biar garing sikit.
2. Masukkan ayam dan kentang. Masukkan air sikit. Biar sampai ayam dan kentang empuk dan air kering. Masukkan perasa.
3. Biarkan sejuk sebelum dibuat inti.